WeLCoMe To My BloG...

My BlOg Is About BisNess OnLine, moTiVasi, Tips kesihATan, Tip Jahitan...DLL...
SeMoGa segala perkongsian di sini memberi manfaat kepada kita semua...
terima kasih diatas kunjungan kalian di blog ini...senang2 dtg lah lagi...

Sabtu, 2 Oktober 2010

10 tips wanita boleh berjaya

Melihat saudara-mara mahupun sahabat-handai meraih kejayaan memang menyeronokkan. tentu anda pun turut sama menumpang bahagia walaupun jauh di sudut hati timbul sedikit kesal kerana gagal berjaya sepertinya.namun usahlah kecewa mahupun berduka.

Tip berikut mungkin akan membantu anda menjadi wanita berjaya.

1- Buang Jauh Fikiran Negatif. Berfikiran negatif tidak akan membawa anda ke mana-mana.ia ibarat racun perosak kejayaan anda.kenalpasti fikiran2 negatif,buangkan jauh2 lawan dan kalahkan ia.bayangkan kejayaan yang bakal di raih.

2- Tangani Ketakutan. Takut dan bimbang acap kali merencapkan langkah untuk berjaya.Tanggani dengan baik, usah biarkan ia menguasai diri dan minda anda.Sebaliknya yakinlah bahawa anda mampu melakukan yang terbaik dan mencuba bersungguh2.

3- Tekun dan jujur. Tekun dan ikhlas menjalankan tugas adalah kunci utama kejayaan,ini bermakna setiap tugas yang di lakukan hendaklah di buat dengan penuh keikhlasan & berkualiti tanpa merungut.kebanyakkan wanita yang berjaya biasanya adalah dari kalangan mereka yg gigih & mempunyai daya tekun yg tinggi.

4- Inspirasi & Motivasi. Inspirasi membentuk motivasi. ia akan mempengaruhi hala tuju kejayaan anda.Utk berjaya cuba dptkan idola daripada ikon dalam bidang yg sama.jadikan ia sbg "role Model" anda.

5- Kuasai Ilmu & Kemahiran. Tidak kisah apapun bidang yg di ceburi,penguasaan ilmu dan kemahiran amat penting untuk anda meraih kejayaan.Usah segan silu utk menerokanya w'pun terpaksa meminta bantuan daripada orang bawahan anda.Timbalah lebih byk ilmu dan kemahiran.Jadi bersedia utk menghadapi peredaran waktu dan menerokai sesuatu yg baru.

6- Cekal Hati,Kuatkan semangat. Tidak mudah untuk menjadi orang yg berjaya kerana halangan yg bakal di terima bukanlah sedikit.Cubalah bersikap tabah dan kuatkan semangat agar tidak terpengaruh mahupun terduduk dgn setiap kekalahan.Latihlah diri agar sentiasa bersikap rasional dalam apa jua situasi.

7- Usah Berlengah. Usahlah sesekali berlengah dalam setiap tindakan dan perancangan.Ingatlah setiap detik amatlah berharga dan bermakna.Usahlah menjadikan emosi anda sebagai punca membazir waktu.

8- Rancang & Jadualkan. Perancangan yg rapi cukup penting kerana ia menentukan sejauh mana kelancaran tugasan anda.Selesai merancang ,buatlah jadual dan senaraikan tugas mengikut tuntutan keperluan serta kepentingan .Jadilah seorang individu yg berdisiplin dgn melaksanakan tugas berdasarkan jadual tersebut.

9- Muhasabah Diri. Bukan mudah utk menilai diri, lebih2 lagi kalau di lakukan oleh individu lain. Namun cuba bersikap rasional, tenang dan kuat.Anggaplan ia sbg suntikan semangat utk berjaya.Kenal pasti kelemahan dan kekuatan diri.cuba perbetulkan kelemahan dan kesilapan.

10- Katakan TIDAK pada Kegagalan. Walauapapun yg terjadi , janganlah berputus asa,jgn pula mudah mengalah.lebih2 lagi kalau anda belum mencuba.Meskipun anda pernah mengalami kegagalan namun tidak bermakna kerjaya anda telah berakhir.Sebaliknya jadikan kegagalan sebagai permulaan utk mengecap kejayaan.

seBeNing CiNtA...

Jika kita mencintai seseorang... kita akan senantiasa mendoakannya... walaupun dia tidak berada disisi kita... Tuhan memberikan kita; 2 kaki utk berjalan... 2 telinga untuk mendengar... 2 tangan untuk memegang... dan 2 mata untuk melihat TETAPI mengapa tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita??? kerana tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang... untuk mencarinya....... itulah CINTA!!!! Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal... jika kamu masih mahu mencoba... jangan sesekali menyerah... jika kamu masih merasa sanggup... jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi... jika kamu masih tidak dapat melupakannya... Cinta datang pada orang yang masih mempunyai harapan... walaupun mereka telah dikecewakan... kepada mereka yang masih percaya... walaupun mereka telah dikianati... kepada mereka yang masih ingin mencintai... walaupun mereka telah disakiti sebelumnya... Dan kepada mereka yang mempunyai keberanian... dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan... jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang... sehingga dia meninggal dunia... lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya... sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu SEKARANG... selagi ada hayatnya........

12 BaRiSaN Di AkHiRat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:”Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”Surah an-Naba’:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:

BARISAN PERTAMA Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.”Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..

ApA Yg paLinG deKat DgN KitA...???????

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? "Murid 1 = " Orang tua "Murid 2 = " Guru "Murid 3 = " Teman "Murid 4 = " Kaum kerabat "Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? "Murid 1 = " Negeri Cina "Murid 2 = " Bulan "Murid 3 = " Matahari "Murid 4 = " Bintang-bintang "Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang denganperbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ? "Murid 1 = " Gunung "Murid 2 = " Matahari "Murid 3 = " Bumi "Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU. Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "Murid 1 = " Baja "Murid 2 = " Besi "Murid 3 = " Gajah "Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"Murid 1 = " Kapas"Murid 2 = " Angin "Murid 3 = " Debu "Murid 4 = " Daun-daun"Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan sholat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.