WeLCoMe To My BloG...

My BlOg Is About BisNess OnLine, moTiVasi, Tips kesihATan, Tip Jahitan...DLL...
SeMoGa segala perkongsian di sini memberi manfaat kepada kita semua...
terima kasih diatas kunjungan kalian di blog ini...senang2 dtg lah lagi...

Ahad, 3 Oktober 2010

KHASIAT DURIAN BELANDA UTK PENYAKIT KANSER

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu? Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser. Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus. Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik. Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup. Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini : i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo. ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan. iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan. iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik. Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah : 1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas. 2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan! 3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat. Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan! Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan ! Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa? Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan. Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka. Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini. Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar. Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan. The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan. Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza. Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo! Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru. Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu. Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

KISAH BENAR- JADIKAN TELADAN

Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar )Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.
Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.
Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.
Sewaktu beliau koma,beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebingungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.
Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat "Ya:.
Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.
Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.
Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua.
Apa yang disesalkan:
1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya kalaupun dia mati
3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.
4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan
5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.
7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.
8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.
9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.
Sahabat:Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.
Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.

Syukran Jazilan, OLEH Azahari Bin Mohd

63 PETUA KELUARGA BAHAGIA

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:Mental, pendidikan dan ilmu,Emosi,Fizikal dan ekonomi,Sosial,Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:Pendapat atau pandangan,Hobi,Kegemaran,Makanan,CitaRasa,Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

KHASIAT KURMA, KISMIS & MADU

Sabda Rasulullah s.a.w

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".
"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih"..
Imam Ali a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".

3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an,maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
"Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
"Allah SWT telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:
"Madu adalah obat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul saw sangat menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

BAGAIMANA HILANGKAN TEKANAN PERASAAN, RUNSING

Firman Allah: "ketahuilah dengan mengingati Allah, Hati akan menjadi tenang" (Ar Raad : 28)

Runsing dan tekanan perasaan berpunca daripada hati yang kosong..apabila hati kosong, maka syaitan menyelinap ke dalam hati dan menaburkan benih kebosanan...
Anas r.a berkata : sesungguhnya syaitan itu menaruh belalainya pada hati manusia. Maka apabila manusia itu ingat pada Allah (zikrullah), mundurlah syaitan dan apabila ia lupa pada Allah, Maka syaitan itu menelan hatinya...
Untuk mengalahkan syaitan hati perlu di isi dengan zikrullah dan iman.Dosa sama ada kecil atau besar adalah perosak dan peruntuh iman. Orang yang benar-benar mahu meningkatkan iman, janganlah melakukan dosa. Kalau terbuat cepat-cepatlah istigfar dan bertaubat kepada Allah. Jika tidak syaitan akan menjalankan tipu dayanya.

Firman Allah: "Bahawasanya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka diganggu oleh syaitan, lantas mereka ingat kepada Allah (berzikir), jika begitu mereka akan melihat. (Al-A'raf:201)

Sebagai Muslim, kita hendaklah melazimkan zikir dan membaca beberapa kalimah Allah untuk menghilangkan rasa runsing, antaranya:
  • Ucapkan " La ilaha illallah " agar bibir kita sentiasa dibasahi dengan zikrullah siang dan malam.
  • Membaca " Bismillah " apabila hendak memulakan sesuatu pekerjaan.
  • Membaca " Alhamdulillah " apabila kita selesai melakukan sesuatu pekerjaan.
  • apabila terbuat kesalahan atau terserempak dengan dosa, kita harus membaca " Astaghfirullah hal azim "
  • Apabila menghadapi kesukaran, bacalah " Lahaula walaquwata illa billahil aliyil a'zim "
  • Apabila kerunsingan bacalah " La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin " (doa nabi yunus)
  • Apabila ditimpa musibah ucapkan " Inna lillahi wainna ilaihi raji'un "

Dengan mengamalkan doa-doa ini dalam kehidupan seharian kita, insya Allah hati kita akan tenang

AYAT KURSI SEBAGAI BENTENG PERTAHANAN

AYAT KURSI SEBAGAI BENTENG PERTAHANAN

“Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur, bagi-Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yang boleh memberi syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya kecuali yang dikehendaki-Nya. Lebih luas kursinya dari langit dan bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia Maha Tinggi dan Maha Besar.”

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam saat Rasulullah berhijrah. Menurut riwayat, ayat kursi ini diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai pengantar, karena kebesaran dan kemuliaannya. Kerajaan Iblis menjadi gempar karena ada sesuatu yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka menegakkan kejahatan.

Setelah menerima ayat tersebut Rasulullah SAW segera memerintah kepada pencatat Al Quran yaitu Zaid bin Tsabit agar segera menulis dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan faedah Ayat Kursi. Ayat ini dikenal dengan ayat kursi karena di dalamnya terdapat kata kursi, tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai Dzat yang Maha Memiliki Martabat dan Derajat. Yang perlu diperhatikan, tidak tepat memaknai kata kursi ini sebagai tempat duduk Tuhan. Makna yang lebih pas adalah syiar atas kebesaran-NYA.

10 MANFAAT

1. Barang siapa yang membaca ayat Kursi dengan istikomah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk ke rumah atau ke pasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (yang berkuasa di suatu wilayah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang. Terpelihara dirinya dan keluarganya, anak-anaknya, hartanya, rumahnya dari pencurian, kebakaran dan banjir, gempa bumi dan bencana lainnya.

2. Dalam kitab Ass’arul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan ayat kursi dengan membaca sebanyak 18 kali, Inysa Allah ia akan hidup dengan berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan ijin Allah SWT.

3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a: membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari adalah benteng pertahanan Rasulullah SAW.

4. Syaikh Abul ‘Abas al Bunni menerangkan: Barang siapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka Insya Allah akan cerdas akalnya dan akan dipermudah pelajaran yang dihadapinya.

5. Barangsiapa membaca ayat Kursi selepas sholat fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Yang membacanya ketika akan tidur maka dia terpelihara dari gangguan setan, dan bila membacanya ketika marah, maka akan hilang rasa marahnya.

6. Syaikh al Buni menerangkan: barangsiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, dia akan ditolong dalam segala hal dan saat ia menunaikan segala hajat. Melapangkan pikirannya, diluaskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang diinginkannya.

7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mengutus dua malaikat penjaga yang menjaga selama tidurnya sampai pagi hari.

8. Abdurohman bin Auf menerangkan bahwa, apabila masuk rumah dengan membaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya maka akan diutus penjaga yang melindungi rumahnya dari setan yang terkutuk.

9. Syaikh al Buni menerangkan: siapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga menahan nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan mengalahkannya.

10. Dalam kitab Khawasul Qur’an dikatakan oleh Syaikh Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi, barang siapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya hijab ruhani, apa yang dikehendakinya terkabul dan ia diberi derajat yang pengaruh yang tinggi di masyarakat. ***

TipS MemUlaKan PerNiaGaAn KeCil-KeCilAn

------------------------------------------------------------------------------
Tips ini sebagai panduan & rujukan pada diri saya sendiri, dan juga kpd semua kengkawan yang ada cita2 & impian nak bukak bisnes....Semoga sedikit sebanyak memberi Idea untuk memulakan langkah PERTAMA ke arah merealisasikan impian tersebut....amin...amin..
-------------------------------------------------------------------------------

Hadis riwayat Bukhari ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan. Maknanya 90% rezeki adalah daripada perniagaan dan selebihnya 10% daripada punca-punca lain. Ini tidak dapat dinafikan lagi. Senaraikan 10 orang terkaya di dunia, 50 orang, atau 100 orang, pasti yang menjadi teras kejayaannya adalah melalui perniagaan. Bukan cikgu, bukan askar, pemandu kapal terbang, bukan menteri besar, atau apa sahaja pekerjaan yang MAKAN GAJI.

1. Niat atau Perancangan. Untuk memulakan sesuatu, niat atau nawaitu kita, tahu apa yang anda hendak lakukan ialah akan memberi kesan kepada kemudian hari kita samaada jangkamasa pendek atau selamanya. Sudah semestinya menceburi bidang ini kita hendakkan sesuatu yang terbaik demi mengubah kehidupan kita nanti. Tetapi dalam impian mengejar cita-cita itu, adakah kita telah bersedia dari segi ilmu, daya ketahanan moral, wang ringgit dan sebagainya? Perancangan kita dalam setiap langkah yang kita aturkan memerlukan satu keputusan yang jitu agar tidak silap dikemudian hari. Pastikan anda tahu apa kesan-kesan yang akan mempengaruhi tindakan yang kita lakukan.

2. Dapatkan ilmu. Sebelum memulakan sesuatu, kita hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin kita ceburi. Jika anda berminat menjalankan perniagaan kek , belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan. Banyak tempat dimana anda boleh belajar membuat kek. Saya sendiri walaupun telah mengikuti pelbagai kursus, tetapi masih lagi berminat untuk belajar. Pendekata, proses pembelajaran jangan terhenti walaupun kita sudah pandai membuat kek. Mungkin ada idea-idea baru yang belum kita pelajari. Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari akan mendatangkan lebih wang kepada kita.Ada seorang rakan saya yang sanggup mengeluarkan RM1000 untuk belajar membuat roti selama 1 hari dari seorang pakar. Pelaburannya tidak sia-sia kerana beliau kini mengusahakan perniagaan roti dari bengkel belakang rumahnya.

3. Mempraktikkan ilmu. Selepas kita mendapat ilmu, sekarang praktikkan apa yang dipelajari. Ada sesetengah orang, selepas belajar, terus notanya disimpan dalam almari. Jadi ilmu itu menjadi sia-sia.Cuba buat resipi yang dipelajari. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Jangan cepat berputus asa, cuba lagi hingga anda berpuas hati dengan kek yang anda hasilkan. Bila kita hendak mula menjual, pastikan mutu kek itu memuaskan. Samada dari segi rupabentuk mahupun rasanya. Alkisah pengalaman kawan saya yang membeli kek lapis sarawak dari seorang penjual .Harganya satu biji RM90.00.Tengok dari gambar memang cantik.Apabila melihat kek yang dihantar, masyaallah tak menjadi seperti dalam gambar. Pelanggan tidak berpuashati dengan si penjual,mengutuk lagi di belakang. Jadi ini satu promosi yang tidak baik. Pastikan pelangan anda berpuashati dengan barangan yang dijual. Promosi mulut ke mulut adalah sangat berkesan.

4. Promosi. Untuk permulaan, promosi anda berkisar pada orang-orang disekeliling anda. Anda hendaklah bermulut manis (hatipun mesti baik) kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-mara.Jangan lokek untuk menghadiahkan sebiji kek kepada jiran yang membuat kenduri atau membawa beberapa biji kek pulang ke kampung semasa hari raya. Pendekata anda hendaklah menjadi orang yang pemurah dengan memberi kek percuma kepada orang-orang di sekeliling anda. Jika sedap, pasti mereka akan membuat tempahan. Tentang harga, kek anda hendaklah lebih murah dari kek orang lain atau dikedai. Maklumlah harga kawan-kawan. Tetapi pastikan masih ada untung. Untuk promosi juga, anda boleh mencetak flyers yang menyatakan perniagaan anda dan hantar ke rumah-rumah di kawasan kejiranan anda.Jika ada internet,anda boleh membuat blog sendiri untuk mengiklankan produk anda.

5. Menjaga Pelanggan. Setelah anda mendapat tempahan, berusahalah memenuhi tempahan tersebut. Misalnya jika pelanggan hendak kek 2 kilo, sedangkan anda tiada tin yang besar,berusahalah mencarinya. Jika pelanggan hendak esok, berusahalah membuatnya.Kepercayaan pelanggan sangat penting. Jika mereka sudah percaya kepada anda , tempahan akan bertalu-talu datang.

6. Sikap yang Positif. Jangan mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Kejayaan tidak akan datang tanpa kerja keras yang tidak pernah kenal erti jemu. Memanglah penat, tetapi fikirkan tentang matlamat kita untuk berjaya dalam bidang ini.Fikirkan apa yang kita buat itu adalah semata-mata kerana jihad kita kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Insyaallah, semangat itu tidak akan pudar.

7. Peralatan yang cukup. Walaupun perniagaan itu secara kecil-kecilan, peralatan sangat penting bagi mendapat produk yang bagus. Sekurang-kurangnya anda perlu ada ketuhar dan pengadun (mixer) yang bagus.Pembungkusan juga penting bagi menunjukkan kepda pelanggan bahawa anda serius dalam perniagaan ini.Jika berniaga biskut, isikan dalam bekas yang bersesuaian dan letakkan label perniagaan anda.

8. Mendaftarkan perniagaan. Setelah anda yakin dengan potensi perniagaan ini, anda boleh mendaftarkan perniagaan anda dengan pendaftar perniagaan. Kemudian bolehlah mengikuti kursus-kursus keusahawanan anjuran MARA dan agensi-agensi yang lain. Seterusnya anda boleh membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda.

Kesimpulan, kejayaan tidak akan dikecapi dalam masa yang singkat. Anda perlu bersabar menghadapi sebarang masalah dan jangan cepat berputus asa. Tingkatkan ilmu dari segi produk atau pengurusan perniagaan seperti membuat akaun dan sebagainya. Salah satu kelemahan usahawan kita ialah cepat sangat berpuas hati dan tidak mahu menambahkan ilmu sedangkan ilmu dalam apa bidangpun sentiasa berkembang. Oleh itu, berusahalah untuk mencapai apa yang anda impikan. Tidak mustahil, impian akan menjadi kenyataan

Sumber : http://alkiram.net